Wednesday, October 21, 2009

ADC 2009 - KG. JERANGAU, DUNGUN

Ketibaan panel hakim di Kg. Jerangau disambut dengan meriah


DUNGUN 20 Okt - Kembara penghakiman ADC 2009 peringkat Negeri Terengganu diteruskan lagi. Barisan Panel Hakim telah bertandang ke Kampung Jerangau, Dungun, Terengganu.Kampung ini berada dalam seliaan pihak KETENGAH dalam pelaksanaan program GDW.

Menurut cerita, kampung ini mula diterokai sekitar tahun 1915 oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Hassan. Nama kampung Jerangau diambil dari nama sejenis pokok iaitu " Pokok Jeringa".


Silat warisan Melayu penyeri majlis


Kampung yang mempunyai 1,312 orang penduduk ini tidak kurang hebatnya. Walaupun kebanyakan penduduknya bekerja sendiri dan di sektor swasta, namun ia masih mampu menjana ekonomi setempat dengan pelbagai aktiviti ternakan dan pertanian. Dibawah kepimpinan En. Mohamad b. Jusoh ( Pengerusi JKKK ) kampung ini telah banyak memenangi pertandingan diperingkat Daerah Dungun. Apa yang penting, ia mencerminkan kesungguhan seluruh warga desa ini untuk bersaing dengan kampung-kampung lain, pantang undur sebelum berjuang.





ADUN Bukit Besi, YB Datuk Hj. Din b. Adam juga hadir memberi sokongan

Kampung Jerangau telah mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti masjid, dewan orang ramai, balai penghulu dan sekolah. Kampung ini juga menerima sebuah Medan Info Desa (MID) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


Panel Hakim sedang menikmati sarapan pagi.....

Walaupun kampung ini terletak jauh sedikit dari pusat pentadbiran, ia bukannya halangan untuk mendapatkan penglibatan aktif agensi-agensi kerajaan dalam kebanyakan aktiviti pembangunan kampung. Kesungguhan kepimpinan kampung dalam memastikan segala bentuk bantuan kerajaan diterima oleh penduduk kampung yang memerlukannya terbukti. Inilah konsep ' pengupayaan' dalam Gerakan Daya Wawasan. Segala perancangan perlu bermula dari peringkat bawah ke atas.

Pengerusi JKKK sedang menyampaikan ucapan alu-aluan


Yang Arif, Panel Hakim lagi bijaksana...


Ketua Panel Hakim, Pn. Hajjah Sarinah Abd. Ghani ( RISDA )


Kg. Jerangau terkenal dengan buah salak madu


Seramai 369 orang warga kampung Jerangau terlibat dalam sektor pertanian. Kelapa sawit dan pokok buah-buahan merupakan tanaman utama penduduk kampung. Kampung ini juga terkenal sebagai pengeluar buah salak madu di negeri ini.


Kampung Jerangau

Aspek kebersihan dan kesihatan tidak dilupakan. Pelbagai aktiviti yang berkaitan telah dilaksanakan oleh JKKK bagi memastikan penduduk kampung Jerangan sihat dan terhindar dari sebarang masalah kesihatan kronik.

Makan dulu...lepas ni baru melawat projek

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan JKKK Kampung Jerangau kerana berjaya mewakili Daerah Dungun ke pertandingan ADC 2009 peringkat Negeri Terengganu. Sesungguhnya usaha tuan / puan dihargai.