Lawatan keluar negara pastinya menyeronokkan kerana kita pasti akan melihat dan mempelajari sesuatu yang berguna. Kelainan dari apa yang ada di tempat sendiri.
Pada 14 - 17 November yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat berkesempatan melawat Kemboja ( Phnom Penh ) sebuah negara yang tidak asing bagi kita warga Malaysia. Ini adalah kerana ramai warga Kemboja yang menetap di negara kita;untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Bak kata pepatah " hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri.....". Begitulah pandangan saya bila melalui jalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh menuju ke hotel penginapan. Dengan kesibukan kota dipenuhi basikal dan motorsikal, lebih menyedihkan lagi bila melihat keadaan persekitaran yang becak, kotor dan tidak terurus dengan baik. Disesetengah tempat sungguh menjijikkan dengan timbunan sampah sarat dan sisa buangan. Keadaan ini memang berbeza sekali berbanding dengan tempat kita, Malaysia tanahair tercinta.
Di Kemboja, penduduk Cham 90 peratus kalangan mereka beragama Islam.Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.
Masih banyak lagi yang perlu di lakukan oleh kerajaan Kemboja bagi menbangunkan negara dan ekonominya. Di Kemboja, mereka menggunakan US dollar sebagai matawang yang diterima pakai. Matawang sendiri diketepikan...
Di Malaysia, pembangunan yang telah kita kecapi cukup membanggakan. Ini adalah berkat usaha pemimpin kita yang telah berjaya merancang pembangunan negara ini dengan sebaik mungkin. Setiap perkara tidak datang dengan mudah, dalam usaha membangunkan negara ini, semua lapisan masyarakat perlu mencurah usaha dan tenaga mengikut bidang masing-masing bagi bersama-sama kerajaan menjayakan matlamat negara.
Dalam pendekatan GDW, kemampuan kepimpinan kampung ( JKKK ) merancang pembangunan kampung dan menggerakkan masyarakat adalah menjadi keutamaan.Justeru itu pelbagai kursus dan pendedahan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada golongan ini. Sebanyak lebih kurang 14,000 buah kampung berJKKK diseluruh negara telah digerakkan bagi mewujudkan kampung yang maju,menarik dan menguntungkan.
Kita tidak mampu untuk gagal dalam usaha kita membangunkan kampung-kampung di negara kita ini. Menyedari masih banyak yang perlu kita lakukan. Menyedari masa yang tidak menunggu kita. Kita harus bergerak lebih pantas merentasi waktu. Muga usaha kita diberkati, demi bangsa, agama dan negara yang tercinta ini.