Wednesday, October 14, 2009

ANUGERAH DESA CEMERLANG TAHUN 2009

Dalam usaha untuk menilai sejauh mana kesungguhan kepimpinan kampung mengurus tadbir dan merancang pembangunan kampung mereka, maka satu pertandingan yang dinamakan sebagai " Anugerah Desa Cemerlang " telah dilaksanakan. Pertandingan ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Ia juga bertujuan memberikan pengiktirafan dan galakan kepada kepimpinan kampung yang telah berjaya memajukan kampung mereka. Selain hadiah dalam bentuk wang tunai, projek ekonomi juga diberikan.

Semua kampung yang berJKKK layak menyertai pertandingan ini dan seringkali proses tapisan awal dilakukan di peringkat Daerah bila terlalu banyak kampung yang ingin menyertainya.

Bagi tahun 2009, pertandingan ADC peringkat Daerah telah selesai dilaksanakan pada bulan September yang lalu. Bagi pertandingan peringkat negeri pula, ia akan bermula dari 19 - 27 Oktober 2009. Johan peringkat Daerah akan mewakili Daerah masing-masing bagi menentukan kampung manakah yang akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat Kebangsaan pada tahun hadapan(2010).

Sebanyak 7 aspek akan dinilai iaitu kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kebersihan & kesihatan, keceriaan & keindahan, kerohanian & sivik dan akhir sekali aspek teknologi maklumat. Aspek ini merupakan asas penilaian kepada kemajuan sesebuah kampung yang akan dinilai secara keseluruhan. Mencari kampung yang terbaik diantara yang terbaik merupakan matlamat utama pertandingan ini.

Senarai kampung yang akan mewakili Daerah masing-masing adalah sebagaimana dibawah:
* Daerah Besut diwakili oleh Felcra Keruak, Hulu Besut.
* Daerah Setiu diwakili oleh Kg. Panchur Merah.
* Daerah K. Terengganu diwakili oleh Kg. Teluk Ketapang
* Daerah Marang diwakili oleh Kg. Alur Limbat
* Daerah H Terengganu diwakili oleh Kg. Tanjung Baru
* Daerah Dungun diwakili oleh Kg. Jerangau
* Daerah Kemaman diwakili oleh Kg. Chabang, Kerteh

Selamat bertanding diucapkan kepada semua kampung yang terlibat.....