HULU TERENGGANU 22 Okt. - Kembara penghakiman diteruskan lagi di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu, sebuah kampung yang bersejarah dengan pertabalan Sultan Zainal Abidin I; Sultan Terengganu yang pertama di Kota Batang Mahang.
Kampung yang mempunyai seramai 630 orang penduduk ini diketuai oleh Encik Mohd Radzi b. Talib sebagai Pengerusi JKKK. Kegiatan ekonomi utama disini ialah pertanian serta ternakan. Penternakan ikan air tawar juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di Tasik Kenyir berskala besar selaras dengan seruan kerajaan.
Sebuah Medan Info Desa ( MID ) pemberian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW ) juga terdapat disini dilengkapi dengan 20 buah komputer. Maklumat lanjut mengenai kampung ini boleh diperolehi dengan melayari http://www.kampungtanjungbaru.blogspot.com/ . Pada tahun ini, kebanyakan kampung yang masuk bertanding sudah mempunyai homepage atau blog sendiri. Walaupun begitu, ia perlu dikemaskini sepanjang masa.
Golongan wanita turut mengambil bahagian dalam sambutan panel hakim
Taklimat ADC oleh Kampung Tanjung Baru
Pameran AADK
Pelbagai acara telah dilasanakan semasa proses penghakiman dijalankan. Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan untuk warga desa, Pameran anti dadah oleh AADK, gotong royong memasak untuk jamuan tengahari, demostrasi tumbuk emping dan sebagainya. Semuanya cukup menarik dan hebat.
Kanak-kanak sedang menggunakan komputer di MID
Secara keseluruhan, apa yang dipersembahkan oleh kepimpinan kampung ini semasa taklimat kepada Panel Hakim cukup memuaskan. Saya yakin dalam tahun-tahun yang mendatang, kampung ini mampu memberi cabaran kepada kampung-kampung lain dalam pelbagai pertandingan yang disertainya. Walaupun pertandingan bukanlah segala-galanya, tetapi ia mampu memberi cabaran dan suntikan yang bermakna untuk kampung-kampung ini terus berusaha kearah pembangunan dan kemajuan yang mapan.