Tuesday, October 27, 2009

ADC 2009 - KAMPUNG PANCHOR MERAH, SETIU



SETIU 27 Okt - Ketibaan Panel Hakim ke Kampung Panchor Merah, Daerah Setiu disambut meriah. Inilah suasana yang sering kita lihat bila wujudnya pertandingan sebegini. Semua kampung ingin memberikan persembahan yang terbaik buat panel hakim. Kampung Panchor Merah 'menyajikan' pelbagai persembahan antaranya silat, dikir barat dan pasukan koir dari sekolah berhampiran. Tidak lupa juga dengan kehadiran kanak-kanak dari Tabika KEMAS menyerikan suasana.

Taklimat disampaikan oleh En. Adnan b. Ariffin, Setiausaha JKKK Kg. Panchor Merah kepada panel hakim. Mengikut sejarahnya, kampung ini mulai diterokai pada tahun 1967 dan mendapat nama dari anak sungai yang airnya berwarna merah. Pengerusi JKKK sekarang adalah Tn. Hj. Abu Bakar b. Mohd. Kampung ini dibawah seliaan FELCRA dengan tanaman kelapa sawit menjadi keutamaan. Namum begitu kegiatan ekonomi lain tidak dipinggirkan. WADIRA ( Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA Berhad) giat menjalankan aktiviti peningkatan pendapatan dikalangan ahli antaranya kedai makan, memproses makanan ringan, kraftangan, catering dan kerja-kerja kontrak . Disamping itu tanaman salak madu, durian dan kelapa matang diusahakan secara meluas.

Jarak kampung ini dari bandar Permaisuri ialah 6 km manakala dari bandar Kuala Terengganu ialah 98 km. Mempunyai 728 orang penduduk dan menjadi Johan, Anugerah Belia Negara peringkat Daerah pada tahun 2005.

Minum air kelapa matang...
Penglibatan penduduk dalam pelbagai aktiviti sosial ekonomi digerakkan secara bersama dengan JKKK kampung ini. Kegiatan pertanian dan penternakan mendapat bantuan serta tunjuk ajar dari agensi kerajaan yang berkaitan. Sebuah koperasi juga ditubuhkan oleh penduduk kampung. Ia bertujuan untuk memudahkan peserta melabur keuntungan dari hasil jualan kelapa sawit dengan faedah 2.0% setahun


Dikir barat





Wajah-wajah pewaris negara










Pengerusi JKKK sedang berucap




Persembahan koir






Penyelia Penghulu...


Jamuan tengahari...gulai ayam kampung




Aspek kebersihan dan keceriaan juga dititik beratkan opeh kepimpinan JKKK kampung kepada penduduk. Gotong royong membersihkan kampung kerap diadakan serta pertandingan halaman cantik yang dianjurkan dapat memupuk semangat dan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan.





Kampung Panchor Merah juga mempunyai sebuah pusat E-Komuniti untuk kegunaan penduduk setempat. Malangnya kampung ini tidak termasuk dalam liputan talian tetap internet. Yang ada hanyalah melalui Celcom broadband yang kadang-kadang sukar untuk mendapat sambungan.

Merancang dan membangunkan desa bagaikan berjuang dimedan perang. Walaupun luka tak berdarah namun pedihnya tetap terasa. Begitulah ungkapan yang boleh diucapkan bila melihat semula apa yang telah dilaksanakan di kampung ini. Pahit jerih, penat lelah JKKK melaksanakan proses pembangunan kampung ini patut dibanggakan.



ADC 2009 - KAMPUNG FELCRA KERUAK, BESUT


Sedikit catatan walaupun saya tidak dapat hadir ke Felcra Keruak kerana terpaksa memberi taklimat Kursus Usahawan Bantuan Ekonomi Kampung:

Perkampungan FELCRA Keruak ini merupakan perkampungan Rancangan Tanah Belia dimajukan pada tahun 1972. Kedudukannya dikawasan pendalaman dengan jarak 34 km dari bandar Jerteh di utara negeri Terengganu. Dari jumlah 105 orang peneroka terawal kini hanya tinggal 72 orang sahaja yang masih cekal serta mampu menghadapi cabaran.

Walaupun jauh sedikit dari bandar, kemudahan infrastruktur tidak dipinggirkan. Kampung ini telah menerima pelbagai projek menaiktaraf kemudahan awam yang setaraf dengan kawasan lain. Hak semua lapisan masyarakat untuk mendapat kemudahan kerajaan tidak pernah dilupakan. Sejak merdeka, kerajaan yang memerintah hari ini membelanjakan setiap sen pendapatan yang diterima untuk rakyat dan memajukan negara.



Saya difahamkan banyak acara menarik dilaksanakan sepanjang tempoh penghakiman berjalan dan ianya setanding dengan kampung-kampung lain.