SETIU 27 Okt - Ketibaan Panel Hakim ke Kampung Panchor Merah, Daerah Setiu disambut meriah. Inilah suasana yang sering kita lihat bila wujudnya pertandingan sebegini. Semua kampung ingin memberikan persembahan yang terbaik buat panel hakim. Kampung Panchor Merah 'menyajikan' pelbagai persembahan antaranya silat, dikir barat dan pasukan koir dari sekolah berhampiran. Tidak lupa juga dengan kehadiran kanak-kanak dari Tabika KEMAS menyerikan suasana.
Taklimat disampaikan oleh En. Adnan b. Ariffin, Setiausaha JKKK Kg. Panchor Merah kepada panel hakim. Mengikut sejarahnya, kampung ini mulai diterokai pada tahun 1967 dan mendapat nama dari anak sungai yang airnya berwarna merah. Pengerusi JKKK sekarang adalah Tn. Hj. Abu Bakar b. Mohd. Kampung ini dibawah seliaan FELCRA dengan tanaman kelapa sawit menjadi keutamaan. Namum begitu kegiatan ekonomi lain tidak dipinggirkan. WADIRA ( Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA Berhad) giat menjalankan aktiviti peningkatan pendapatan dikalangan ahli antaranya kedai makan, memproses makanan ringan, kraftangan, catering dan kerja-kerja kontrak . Disamping itu tanaman salak madu, durian dan kelapa matang diusahakan secara meluas.
Jarak kampung ini dari bandar Permaisuri ialah 6 km manakala dari bandar Kuala Terengganu ialah 98 km. Mempunyai 728 orang penduduk dan menjadi Johan, Anugerah Belia Negara peringkat Daerah pada tahun 2005.
Penglibatan penduduk dalam pelbagai aktiviti sosial ekonomi digerakkan secara bersama dengan JKKK kampung ini. Kegiatan pertanian dan penternakan mendapat bantuan serta tunjuk ajar dari agensi kerajaan yang berkaitan. Sebuah koperasi juga ditubuhkan oleh penduduk kampung. Ia bertujuan untuk memudahkan peserta melabur keuntungan dari hasil jualan kelapa sawit dengan faedah 2.0% setahun
Dikir barat
Wajah-wajah pewaris negara
Pengerusi JKKK sedang berucap
Persembahan koir
Penyelia Penghulu...
Wajah-wajah pewaris negara
Pengerusi JKKK sedang berucap
Persembahan koir
Penyelia Penghulu...
Jamuan tengahari...gulai ayam kampung
Aspek kebersihan dan keceriaan juga dititik beratkan opeh kepimpinan JKKK kampung kepada penduduk. Gotong royong membersihkan kampung kerap diadakan serta pertandingan halaman cantik yang dianjurkan dapat memupuk semangat dan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan.
Aspek kebersihan dan keceriaan juga dititik beratkan opeh kepimpinan JKKK kampung kepada penduduk. Gotong royong membersihkan kampung kerap diadakan serta pertandingan halaman cantik yang dianjurkan dapat memupuk semangat dan kesedaran pentingnya menjaga kebersihan.
Merancang dan membangunkan desa bagaikan berjuang dimedan perang. Walaupun luka tak berdarah namun pedihnya tetap terasa. Begitulah ungkapan yang boleh diucapkan bila melihat semula apa yang telah dilaksanakan di kampung ini. Pahit jerih, penat lelah JKKK melaksanakan proses pembangunan kampung ini patut dibanggakan.