Marang 21 Okt. - Nama Kampung Alor Limbat tidak asing lagi bagi penduduk negeri Terengganu dan juga diperingkat kebangsaan terutama bagi meraka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan luar Bandar.
Kampung Alor Limbat terletak dibawah pentadbiran pejabat Daerah Marang. Berkeluasan 8 km persegi dan lekih kurang 15 km dari bandar Kuala Terengganu.Ia mempunyai seramai 1075 orang penduduk.

Pada tahun 2004, kampung ini memenangi Anugerah Desa Harapan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Desa Cemerlang. Terkini , 2008 - kampung ini menjadi Johan dalam pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu dengan mendapat hadiah tunai berjumlah RM50,000 dan projek bernilai RM500,000.00

Satu perkara yang pasti, bila saja anda memasuki sempadan kampung ini terutama dari Kampung Rawai; ialah bahu jalan yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan bersih. Walaupun ia ringkas tetapi ia tetap memberikan sedikit perbezaan berbanding dengan senario kampung lain.
Kepimpinan yang berwibawa dan mempunyai kesungguhan merupakan kunci kejayaan kepada kampung ini; dibantu pula oleh warga desa yang cemerlang. Justeru itu, kampung Alor Limbat telah mencipta banyak kejayaan. Yang pasti, semua ini bukan datang 'bergolek' tetapi dengan keringat, pengorbanan dan airmata.



Semasa proses penghakiman berlangsung, pihak KEMAS Daerah Marang juga mengatur pelbagai aktiviti untuk memeriahkan majlis seperti mengadakan pertandingan mewarna kanak-kanak tadika dan demonstrasi masakan. Ini menunjukkan bahawa penglibatan semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam sebarang aktiviti JKKK Kampung Alor Limbat diutamakan.
Kesungguhan JKKK menyediakan papan tanda, slogan dan info maklumat juga terserlah di kampung ini.Jadual gotong royong dalam bentuk 'billboard' juga dipaparkan ditempat tumpuan ramai.









Pembangunan ekonomi dikampung ini dirancang dengan teliti.Penglibatan pelbagai peringkat terutama golongan belia dalam sektor ekonomi kampung ini terserlah. Projek tanaman pisang, salak, dokong,sayur-sayuran dan penternakan ikan air tawar antara yang diusahakan. Kebanyakan penduduk juga menjalankan peladangan kelapa sawit. Boleh dikatakan setiap ruang tanah dikampung ini digunakan dengan sebaiknya. Tanah kerajaan yang masih ada dipohon oleh penduduk untuk kegunaan sementara bagi menjalankan kegiatan ekonomi.
Mercu tanda masih dalam pembinaan
Untuk maklumat tambahan, sila layari :
Tag:Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Negeri Terengganu, Anugerah Desa Cemerlang ( ADC ), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW ), Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Kemajuan Masyarakat, Kerajaan Negeri Terengganu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),