Wednesday, October 21, 2009

ADC 2009 - KAMPUNG CHABANG, KERTEH, KEMAMAN



KEMAMAN 19 Okt. - Bertempat di Bilik Gerakan JKKK Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman telah berlangsung penghakiman Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Negeri Terengganu tahun 2009. Kampung Chabang menjadi kampung pertama yang diadili oleh panel hakim ADC yang mana pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS ) Negeri Terengganu menjadi Urusetianya.


Penghakiman yang bermula jam 9.45 pagi dihiasi dengan pelbagai program yang menarik bermula dengan acara perarakan bagi mengiringi panel hakim, persembahan Boxing Siam, tarian tradisional dan seterusnya majlis taklimat oleh kepimpinan JKKK Kampung Chabang kepada panel hakim.





Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohd Kamil Othman turut hadir.









Para hakim dipersembahkan dengan pertunjukkan Boxing Siam




Tarian Selamat Datang ditarikan oleh pasukan Kesenian Kampung Chabang






Sumber Kekayaan Baru Desa : En. Kamaruddin bin Osman (Din Corner, Kerteh H/p : 019-9118012) bersama batu permatanya .



Batu permata yang belum diproses




Panel hakim sedang mendengar taklimat



Kampung Chabang sememangnya tidak asing lagi bagi saya. Kampung ini 'ditemui' sekitar tahun 2005, ketika itu Pengerusi GDWnya, En. Ahmad Mizani bin Mohd hadir pada kursus Pengupayaan Gerakan Daya Wawasan yang dikendalikan oleh KEMAS.

Mengikut sejarahnya, kampung ini hampir-hampir mewakili negeri ini ke pertandingan belia peringkat Asia. Ketika itu pelbagai aktiviti sosial ekonomi dijalankan oleh kepimpinan kampung. Namum setelah semua persiapan dibuat, kerajaan negeri dibawah Barisan Nasional telah tumbang kepada pembangkang dalam pilihanraya tahun 1999. Kepimpinan JKKK yang dulunya menerajui kampung-kampung telah digantikan dengan JSR. Semua berubah dan Kampung Chabang juga tidak terlepas dari merasai bahangnya.

Melalui beberapa mesyuarat , program dan sedikit suntikan 'pelincir' yang digerakkan oleh KEMAS, kampung ini mula bergerak semula untuk mencipta kejayaan yang dulu sepatutnya menjadi milik mereka. Pihak KEMAS telah mengadakan mesyuarat pelaksanaan dengan menjemput Pejabat Daerah Kemaman, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Risda dan ADUN Kemasik bagi sama-sama memberi sumbangan melalui peruntukan jabatan masing-masing.

Sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai kejayaan, begitulah juga dengan Kampung Chabang. "Roh" kejayaan yang hilang sukar diganti. Dengan tenaga baru, semuanya harus bermula dari bawah. Dan kini, kampung ini terus melangkah kehadapan. Dibawah program Pelan Tindakan Desa (INFRA), kampung ini telah menerima sejumlah peruntukan yang agak lumayan.


Syukur, tidak sia-sialah apa yang telah kami semua usahakan selama ini......















Ketua Panel Hakim, Pn. Hajjah Sarimah bt. Abd Ghani ( RISDA ) sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga Kg. Chabang diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Kg. Chabang, En. Ahmad Mizani Mohd


Tanaman jagung


Pusat Jahitan berteknologi tinggi sumbangan dari INFRA






Jamuan tengahari untuk warga kampung