Sunday, November 15, 2009

KAMPUNG ALOR LIMBAT MUNCUL JOHAN ADC 2009

Pengerusi JKKK Kg. Alor Limbat bersama YAB Dato' Ahmad Said


KUALA TERENGGANU, 11 Nov - Sebagaimana diduga, Kampung Alor Limbat, Marang, Terengganu muncul Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 mengalahkan 6 kampung lain dalam satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Lebih 1,500 orang jemputan hadir dalam majlis berkenaan.

Tetamu VVIP yang hadir bersama YAB MB

Dato' Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu sudi hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam majlis yang sungguh bermakna ini terutama kepada kepimpinan kampung seluruh negeri Terengganu.




Tempat kedua jatuh kepada Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu manakala tempat ketiga jatuh kepada Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu.

Sebagai Johan, Kampung Alor Limbat membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.00 , tempat kedua RM15,000.00 dan tempat ketiga RM10,000.00 serta RM2,000.00 kepada kampung-kampung lain sebagai saguhati penyertaan pertandingan ini diperingkat negeri.

YAB Menteri Besar dalam ucapanya menyeru supaya kepimpinan JKKK lebih bertanggungjawab dan komited pada tugas. JKKK akan terus diperkasakan lagi sebagai jentera kerajaan diperingkat akar umbi selaras dengan slogan kerajaan negeri " merakyatkan pentadbiran dan pembangunan " di negeri ini. Seruan ini bertepatan dengan perubahan semasa yang berlaku. Kebelakangan ini banyak isu-isu yang timbul dari kelemahan kepimpinan JKKK. Oleh itu pihak-pihak yang berkuasa keatas JKKK perlu membuat satu 'revolusi' penambahbaikan supaya satu perubahan yang ketara dapat dirasai oleh masyarakat. Sikap pihak yang sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan masalah rakyat juga ditegur.


Dalam ucapan Dato' Hj. Mokhtar b. Nong, Pengerusi ADC 2009 yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu meminta semua pihak yang berkaitan terutama diperingkat Daerah membantu kepimpinan JKKK Kampung Alor Limbat dalam menghadapi pertandingan ADC peringkat Kebangsaan seawal mungkin bagi memastikan kejayaan.


En. Ibrahim sedang mendeklamasi sajak

Majlis diserikan dengan persembahan Sajak Orang Ulu yang disampaikan oleh En. Ibrahim. Kemuncak persembahan ialah dari Kumpulan Sanggar Budaya, JKKK Kg. Gong Guchil yang mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Ilham Desa Peringkat Kebangsaan di Johor baru-baru ini.



Persembahan Sanggar Budaya

Kumpulan Sanggar Budaya Kampung Gong Guchil, Besut telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Ia merupakan satu gabungan persembahan dikir tari yang cukup unik mengabungkan seni tomoi, dikir dan tarian ulik mayang. Patutlah kumpulan ini sering kali dijemput untuk membuat persembahan dibeberapa tempat termasuk luar Terengganu.

Aksi - sebahagian dari persembahan



Dato' SUK bersama pemenang
Kepada kampung-kampung yang berjaya, tidak kira diperingkat Daerah mahupun negeri, saya mengucapkan syabas dan tahniah buat anda semua. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi ditahun-tahun mendatang. Jangan berputus asa...pantang anak melayu menyerah kalah sebelum berjuang...

Gambar kenangan bersama YAB MB...Semua JKKK kampung yang memang

Buat Kampung Alor Limbat, dibahu saudara & saudari terpikulnya wadah perjuangan bagi memartabatkan gelaran Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun hadapan menjadi milik MUTLAK negeri ini. Ia juga wadah kita bersama seluruh warga yang mengelarkan diri mereka anak jati TERENGGANU.