Sunday, October 25, 2009

ADC 2009 - KAMPUNG TELUK KETAPANG, KUALA TERENGGANU



KUALA TERENGGANU 25 Okt. - Kampung Teluk Ketapang terletak hanya lebih kurang 6 km dari bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Mahmud.

Tahun ini Kampung Teluk Ketapang mencuba nasib lagi dalam pertandingan ADC ini. Kampung yang terkenal diperingkat antarabangsa dengan projek Homestaynya terus berusaha saban tahun untuk menang.Projek homestay yang diusahakan oleh penduduk kampung menerima kedatangan pelancong dari serata dunia dan cukup membanggakan.

Namun begitu, dari segi penyertaan penduduk setempat dalam acara sambutan panel hakim adalah kurang berbanding dengan kampung-kampung lain. Walaupun kebanyakan penduduk 'dikatakan' bekerja tapi itu bukanlah alasan yang boleh diterima dengan mudah. Cabaran ini harus dihadapi oleh kepimpinan JKKK dalam menguruskan masyarakat dibawah jagaannya.






Pengerusi JKKK ( Hj. Muhammad @ Che Mat ) dan SU ( Cigku Azmi)

Taklimat disampaikan oleh Setiausaha JKKK, En Mohd Azmi Hj A. Aziz yang telah memberikan banyak input yang berguna kepada panel hakim dalam membuat penilaian. Pelbagai aktiviti dijalankan usahasama JKKK dengan penduduk setempat demi merancakkan ekonomi antaranya ialah catering, pusat jahitan, agen pelancongan, insuran, makanan segera, pencetakan, jururunding kursus dan sebagainya.

Wakil KEMAS Parlimen Kuala Nerus turut hadir

Kampung ini juga mempunyai unit kebudayaannya sendiri yang sering digunakan dalam acara sambutan bila pelancong asing tiba. Program homestay telah memberikan pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat yang menyertainya. Sebelum diberi sijil homestay oleh pihak berwajib, pemilik rumah perlu menghadiri beberapa siri kursus dan mematuhi beberapa syarat yang ketat bagi memastikan mutu perkhidmatan selaras dengan keperluan.


Sesi taklimat

Balai JKKK Kampung Teluk Ketapang

Kemudahan pemberian Kementerian Pelancongan

Cenderahati kepada Ketua Panel hakim

Unik... Makan bersila


Rumah yang menyediakan perkhidmatan Homestay

Kemas...bilik yang disewakan

Disebalik kemajuan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan, aspek kecerian dan kebersihan kampung juga harus diberi perhatian. Kekurangan dalam aspek yang dinilai akan mengurangkan markah secara keseluruhan. Kampung yang terletak berhampiran bandar semestinya mempamirkan ciri-ciri keceriaan yang sepatutnya.

Bagi saya, banyak lagi yang harus dibuat oleh kepimpinan JKKK untuk terus memastikan kejayaan kampung ini secara menyeluruh. Jangan hanya berjaya dari satu aspek, yang lain ditinggalkan. Pembangunan secara holistik, itu yang dimaksudkan dalam pelaksanaan Gerakan Daya Wawasan. Sebenarnya kampung ini boleh pergi lebih jauh lagi dan setanding dengan kampung-kampung lain tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk lebih cemerlang.