Bergambar kenangan di Tembok Besar China
Tanggal 20 - 25 Oktober 2008, penulis berkesempatan berkunjung ke Beijing, China bersama dengan Pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu dan kepimpinan JKKK Felda Mengkawang, Hulu Terengganu. Lawatan ini diberikan kepada warga JKKK Felda Mengkawang sebagai sebahagian hadiah kemenangan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2008.
" Jauh perjalanan, luas pandangan "... Lawatan ini telah membuka minda dan pandangan penulis tentang negara yang masih lagi berada dalam sistem pemerintahan komunis ini. Walau berbeza fahaman politik, namum China dilihat cukup membangun dengan pelbagai kemudahan. Bandarnya cukup besar untuk memuatkan penduduknya yang cukup ramai.
Satu komuniti Islam yang dilawati pada hari ketiga cukup menarik. Disini masyarakat minoriti Islam ini dijaga denga baik oleh kerajaan China. Rumah diberi percuma lengkap dengan kemudahan masjid dan dewan.Kawasan perumahan ini menempatkan 3 ribu buah rumah. Jumlah anak dibenarkan sehingga 2 orang bagi satu keluarga.
Pengalaman berada di Tembok Besar China, merupakan perkara yang paling menarik. Dalam cuaca sejuk ( 5 darjah C ) pelbagai persoalan bermain di fikiran. Bangsa ini cukup hebat, mampu memunggah bongkah-bongkah batu ke puncak bukit bagi membina tembok terbilang ini dengan peralatan paling kuno. Apakah yang dapat kita pelajari dari sejarah; kesungguhan dan semangat bangsa ini....
Berada di Kota Larangan memperlihatkan kehebatan Maharaja China yang merangkumi 4 Dinasti melaksanakan pemerintahannya. Cukup hebat kota ini...namum kegemilangan pemerintahan itu hancur oleh gerakan dan kuasa RAKYAT JELATA...
Meninggalkan Beijing mengamit seribu kenangan...bangsa kita pun apa kurangnya... cuma...
LINK Radio Antarabangsa China ( CRI )