Tuesday, November 25, 2008

KEMBOJA 14 - 17 Nov 2008

Lawatan keluar negara pastinya menyeronokkan kerana kita pasti akan melihat dan mempelajari sesuatu yang berguna. Kelainan dari apa yang ada di tempat sendiri.

Pada 14 - 17 November yang lalu, saya dan beberapa orang sahabat berkesempatan melawat Kemboja ( Phnom Penh ) sebuah negara yang tidak asing bagi kita warga Malaysia. Ini adalah kerana ramai warga Kemboja yang menetap di negara kita;untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Bak kata pepatah " hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri.....". Begitulah pandangan saya bila melalui jalan-jalan sekitar bandar Phnom Penh menuju ke hotel penginapan. Dengan kesibukan kota dipenuhi basikal dan motorsikal, lebih menyedihkan lagi bila melihat keadaan persekitaran yang becak, kotor dan tidak terurus dengan baik. Disesetengah tempat sungguh menjijikkan dengan timbunan sampah sarat dan sisa buangan. Keadaan ini memang berbeza sekali berbanding dengan tempat kita, Malaysia tanahair tercinta.

Di Kemboja, penduduk Cham 90 peratus kalangan mereka beragama Islam.Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina.

Masih banyak lagi yang perlu di lakukan oleh kerajaan Kemboja bagi menbangunkan negara dan ekonominya. Di Kemboja, mereka menggunakan US dollar sebagai matawang yang diterima pakai. Matawang sendiri diketepikan...

Di Malaysia, pembangunan yang telah kita kecapi cukup membanggakan. Ini adalah berkat usaha pemimpin kita yang telah berjaya merancang pembangunan negara ini dengan sebaik mungkin. Setiap perkara tidak datang dengan mudah, dalam usaha membangunkan negara ini, semua lapisan masyarakat perlu mencurah usaha dan tenaga mengikut bidang masing-masing bagi bersama-sama kerajaan menjayakan matlamat negara.

Dalam pendekatan GDW, kemampuan kepimpinan kampung ( JKKK ) merancang pembangunan kampung dan menggerakkan masyarakat adalah menjadi keutamaan.Justeru itu pelbagai kursus dan pendedahan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada golongan ini. Sebanyak lebih kurang 14,000 buah kampung berJKKK diseluruh negara telah digerakkan bagi mewujudkan kampung yang maju,menarik dan menguntungkan.

Kita tidak mampu untuk gagal dalam usaha kita membangunkan kampung-kampung di negara kita ini. Menyedari masih banyak yang perlu kita lakukan. Menyedari masa yang tidak menunggu kita. Kita harus bergerak lebih pantas merentasi waktu. Muga usaha kita diberkati, demi bangsa, agama dan negara yang tercinta ini.


Monday, November 3, 2008

LAWATAN PENDIDIKAN KE BEIJING, CHINA

Bergambar kenangan di Tembok Besar China


Tanggal 20 - 25 Oktober 2008, penulis berkesempatan berkunjung ke Beijing, China bersama dengan Pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu dan kepimpinan JKKK Felda Mengkawang, Hulu Terengganu. Lawatan ini diberikan kepada warga JKKK Felda Mengkawang sebagai sebahagian hadiah kemenangan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung anjuran Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2008.


1



" Jauh perjalanan, luas pandangan "... Lawatan ini telah membuka minda dan pandangan penulis tentang negara yang masih lagi berada dalam sistem pemerintahan komunis ini. Walau berbeza fahaman politik, namum China dilihat cukup membangun dengan pelbagai kemudahan. Bandarnya cukup besar untuk memuatkan penduduknya yang cukup ramai.

Satu komuniti Islam yang dilawati pada hari ketiga cukup menarik. Disini masyarakat minoriti Islam ini dijaga denga baik oleh kerajaan China. Rumah diberi percuma lengkap dengan kemudahan masjid dan dewan.Kawasan perumahan ini menempatkan 3 ribu buah rumah. Jumlah anak dibenarkan sehingga 2 orang bagi satu keluarga.

Pengalaman berada di Tembok Besar China, merupakan perkara yang paling menarik. Dalam cuaca sejuk ( 5 darjah C ) pelbagai persoalan bermain di fikiran. Bangsa ini cukup hebat, mampu memunggah bongkah-bongkah batu ke puncak bukit bagi membina tembok terbilang ini dengan peralatan paling kuno. Apakah yang dapat kita pelajari dari sejarah; kesungguhan dan semangat bangsa ini....

Photobucket


Berada di Kota Larangan memperlihatkan kehebatan Maharaja China yang merangkumi 4 Dinasti melaksanakan pemerintahannya. Cukup hebat kota ini...namum kegemilangan pemerintahan itu hancur oleh gerakan dan kuasa RAKYAT JELATA...


Meninggalkan Beijing mengamit seribu kenangan...bangsa kita pun apa kurangnya... cuma...


LINK Radio Antarabangsa China ( CRI )




Sunday, November 2, 2008

KAMPUNG GONG GUCHIL, BESUT TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ilham Desa dan Pentutupan Konvensyen Gerakan Daya Wawasan Peringkat Zon Tahun 2008 telah diadakan pada hari Sabtu, 1 November 2008, pukul 8.00 malam di Dewan Tun Razak, INFRA, Bangi. Majlis itu telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


Dalam pertandingan itu, Kampung Gong Guchil sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Johan Peringkat Zon Timur. Dengan itu, Kampung Gong Guchil akan mewakili Zon Timur ke Pertandingan Ilham Desa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Saturday, September 27, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KAMPUNG BESTARI

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kampung Bestari, KEMAS Negeri Terengganu Tahun 2008 telah selesai diadakan pada 13 Oktober 2008.

Kampung Gong Guchil, Besut telah menjadi Johan dan membawa pulang hadiah berjumlah RM35,000.00. Pengerusi JKKK Kg. Gong Guchil, Tn. Haji Zahari hadir menerima hadiah dari En. Mohamad Zaki Ismail, Penolong Pengarah Operasi II, KEMAS Negeri Terengganu.



Tempat Kedua pula dimenangi oleh Kampung Chabang, Kertih, Kemaman dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM20,000.00. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman serta memperolehi hadiah berjumlah RM10,000.00 . Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pula menerima hadiah saguhati berjumlah RM5,000.00.


Pengerusi JKKK Kg Batu 4 menerima hadiah


Program Penjanaan Kampung Bestari ini merupakan program yang pertama dilaksanakan oleh KEMAS Negeri Terengganu dalam usaha Jabatan ini menjayakan Gerakan Daya Wawasan. Kampung-kampung yang dipilih ini telah diberi suntikan peruntukan pembangunan bagi mereka merancang pembangunan kampung selaras dengan konsep GDW itu sendiri. Akhirnya pencapaian mereka akan dinilai oleh panel hakim bagi menentukan siapakah ' yang terbaik diantara yang terbaik ' untuk dinobatkan sebagai JUARA...


Pengalaman dan proses pembangunan yang dilalui oleh kampung-kampung ini akan digunakan oleh pihak Jabatan untuk dikongsikan bersama-sama kampung lain dinegeri ini. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dicapai jika azam yang kuat telah tertanam didada warga desa bagi memajukan kampung mereka.


Kami boleh.! Kami boleh...










SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 ( 2008 )

RAYA ! RAYA ! RAYA !
Nasib... pejabat dah kosong, hanya tinggal segolongan sahaja yang setia pada kerja.. Walau apapun kepada mereka yang pulang beraya dikampung... berhati-hati dijalanraya.. pandu cermat jiwa selamat.. biar cepat asal selamat..

Kepada semua diucapkan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN...





Monday, September 22, 2008



PENGHAKIMAN KAMPUNG BESTARI 2008

Bermula pada 26 - 27 Ogos 2008 yang lalu, sesi penghakiman Kampung Bestari telah dijalankan. Sebanyak 4 kampung telah terlibat:

1. Kampung Gong Guchil, Besut
2. Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu
3. Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman
4. Kampung Chabang, Kertih, Kemaman


Seramai 4 orang hakim telah dilantik untuk tujuan itu. Para hakim yang arif lagi bijaksana telah menjalankan tugas dengan sempurna bagi membuat penilaian yang seadil-adilnya untuk menentukan pemenang.


Program Penjanaan Kampung Bestari terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pelaksanaan program yang telah ditetapkan dan pertandingan. Ianya bertujuan untuk mencari kampung terbaik dinegeri Terengganu sebagai persediaan untuk memasuki pertandingan Anugerah Desa Cemerlang pada tahun-tahun yang mendatang. Program ini merupakan yang pertama. Dengan program ini kami berharap dapat mengenalpasti "kunci" bagi mengerakkan kampung kearah kejayaan.


Sambutan di Kampung Chabang....

Bergambar kenangan di Kampung Gong Guchil..




Majlis sambutan di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman



Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu

GERAKAN DAYA WAWASAN


GERAKAN DAYA WAWASAN



PENGENALAN

Gerakan Daya Wawasan adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya kearah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju,menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah Pembangunan Luar Bandar.
Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan sintesis strategik dan penambahbaikan daripada dua pendekatan utama pembangunan luar bandar iaitu Hala Cara Baru Pembangunan Luar Bandar (1984) dan Gerakan Desa Wawasan (1996). Terdapat 3 aspek daya yang diberi penekanan iaitu :

1. Daya Manusia
2. Daya Ekonomi
3. Daya Pasaran

KONSEP

Gerakan Daya Wawasan ialah proses peningkatan pengupayaan yang boleh membangkit kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa kearah transformasi kedua luar Bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri dalam proses perancangan program pembangunan kearah menjadikan desa lebih maju, menarik dan menguntungkan. Perencanaan program dibuat secara tersusun dan berterusan.
Sila kunjungi link di bawah untuk maklumat lanjut :-

http://www.kemas.gov.my:8080/index.php?option=com_content&task=view&id=62&Itemid=67